Anda belum Log Masuk

Barangan Biasa dan Sensitif


Barangan kiriman diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu “Barangan Biasa” dan “Barangan Sensitif”. Klasifikasi ini adalah berdasarkan piawaian pemeriksaan untuk mengeksport barangan dari China ke negara lain. Jika barangan sensitif dikirim melalui saluran barangan biasa, akan menyebabkan kegagalan dalam pemeriksaan semasa proses pelepasan kastam. Tempoh kiriman anda akan ditangguhkan, atau perlu membuat bayaran semula untuk menukar ke pengangkutan sensitif.

Jadual di bawah menyenaraikan kategori barang biasa dan sensitif untuk Kiriman Udara dan Kiriman Laut

Kiriman Udara

Barangan biasa

Baju, kasut, peralatan rumah dan perbot, produk bayi, peralatan elektrik tanpa bateri, peralatan tanpa magnet, buku

Secara umumnya, barangan yang tidak mengandungi bateri, cecari, serbuk, barang berjenama, magnet atau penyembur boleh dikategorikan sebagai barangan biasa

Barangan sensitif

Produk tiruan, Produk tulen, patung berjenama, barangan mahal, barang kemas, cecair, serbuk, ubat-ubatan, barangan tajam, CD, barangan elekrik, bateri barangan bermagnet.

Barangan larangan

Senjata, binatang, mata wang, barangan mudah terbakar, penyembur, barangan berbahaya, alkohol, dadah, tembakau

Kiriman laut

Barangan biasa

Baju, kasut, peralatan rumah dan perbot, produk bayi, peralatan elektrik tanpa bateri, peralatan tanpa magnet

membenarkan (barangan elektrik, serbuk, cecair, ubat, barangan kosmetik, makanan dan minuman, bahan kimia, minyak wangi, produk kesihatan, seramik, jubin lantai, mangkuk tandas dan mainan seks) dalam kuantiti kecil.

Barangan sensitif

(mangkuk tandas, jubin seramik, mamar, makanan, minuman dan arak) dalam kuantiti besar

Barangan larangan

Tembakau, Bahan Letupan, Barangan Berbahaya, Binatang, Dadah, Alkohol, Penyejuk, Tumbuhan

Beritahu kami bahawa artikel ini boleh dipercayai atau tidak~

UAT