Anda belum Log Masuk

Soalan Lazim


1. Adakah butiran berat dibekalkan untuk semua bungkusan?
Semua bungkusan akan dibekalkan butiran berat sebaik sahaja bungkusan tersebut diterima dan didaftarkan di gudang kami. Anda akan menerima pemberitahuan melalui emel, aplikasi telefon dan Facebook Messenger.
2. Bagaimanakah untuk menyemak gambar bungkusan saya?
Semasa bungkusan anda berada di gudang, gambar akan dibekalkan dalam 1-2 hari bekerja. Anda boleh tekan pada bungkusan untuk menyemak gambar tersebut.
3. Bagaimanakah jika bungkusan saya memerlukan pengambilan diri?
Biasanya, kebanyakan bungkusan akan dihantar ke gudang kami di China melalui syarikat kurier, dan bungkusan yang bersaiz besar akan dihantar melalui syarikat logistik. Namun begitu, segelintir penjual di China tidak membekalkan perkhidmatan penghantaran barang. Dalam kes ini, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan untuk memohon perkhidmatan pengambilan bungkusan dari pihak kami. Kami mencadangkan anda untuk bertanya kepada pihak penjual sama ada boleh menghantar barangan tersebut atau tidak.
4. Macam mana untuk membezakan barangan sensitif dan barangan biasa?
Barangan biasa adalah (Baju, kasut, peralatan rumah dan perbot, produk bayi, peralatan elektrik tanpa bateri, peralatan tanpa magnet, buku). Barangan sensitif adalah (produk tiruan, Produk tulen, patung berjenama, barangan mahal, barang kemas, cecair, serbuk, ubat-ubatan, barangan tajam, CD, barangan elekrik, bateri barangan bermagnet.) Kategori barangan adalah berbeza antara kiriman udara dan kiriman laut. Sila merujuk ke sini.
5. Bolehkah saya mengesan status logistik di China melalui Senarai Bungkusan?
Anda boleh menjejak status logistik bungkusan di China dengan memasukkan butiran bungkusan yang tepat, tanpa ,melalui aplikasi Taobao atau laman web yang lain.
6. Bagaimanakah saya mengisytiharkan nilai bungkusan?
Nilai bungkusan digunakan untuk kegunaan pemeriksaan di kastam. Kami mencadangkan anda mengisytiharkan nilai yang tepat untuk mengelakkan sebarang penangguhan dalam proses pelepasan kastam serta masalah pampasan jika berlakunya kehilangan barangan.
7. Bagaimanakah saya memilih jenis barangan dan kategori?
Senarai jenis barangan dan kategori telah disediakan untuk rujukan anda. Jika terdapat barangan yang tiada dalam senarai, sila hubungi kami.
8. Kenapakah maklumat jejakan bungkusan dalam status “Dihantar”, tetapi bungkusan tidak dikemas kini ke status “Diterima”?
Semua bungkusan yang dihantar oleh gudang perlu melalui proses mengimbas, menimbang berat, dan menyusun sebelum status dikemas kini ke “Diterima” dalam 24 jam. Jika status bungkusan anda tidak bertukar, sila hubungi khidmat pelanggan dan kami memerlukan 5 hari bekerja untuk menyiasat isu tersebut. Kami akan menghubungi syarikat kurier tempatan dan menyemak dalam rakaman CCTV. Jika didapati bungkusan telah “Dihantar” tetapi belum “Diterima” oleh gudang, tetapi masih tidak dijumpai, pampasan akan diberi dengan maksimum RMB 200, atau 80% dari nilai barangan, bergantung kepada nilai yang terendah.
9. Bagaimanakah jika bungkusan telah Diterima tetapi hilang?
Semua bungkusan yang sah diterima dan hilang di dalam gudang akan memerlukan 5 hari bekerja untuk proses siasatan. Jika masih tidak dijumpai, pampasan akan diberi berdasarkan nilai paling rendah antara maksimum RMB 400 atau 80% dari nilai barangan. Jika bungkusan anda dijumpai, kami akan mengirim bungkusan anda secara percuma dalam 40 hari.
1. Berapa lamakah transaksi bank saya akan disahkan?
Proses pengesahan akan dijalankan setiap 30 minit dalam waktu bekerja. Setelah proses pengesahan selesai, anda akan menerima pemberitahuan melalui emel, aplikasi dan Facebook.
2. Adakah resit atau bil disediakan setelah pembayaran untuk pesanan kiriman dibuat?
Setelah pembayaran dibuat, kami akan membekalkan butiran resit atau bil dan anda boleh mencetak jika diperlukan. Resit akan menunjukkan alamat penerima, berat bungkusan, saiz dan butiran pembayaran.
1. Bilakah saya akan menerima bungkusan setelah pembayaran dibuat?

Bagi kiriman udara, penghantaran memerlukan 3-5 hari bekerja (Semenanjung Malaysia), 5-7 hari bekerja (Timur Malaysia), dan 3-4 hari bekerja (Singapura).

Bagi kiriman laut, penghantaran memerlukan 21-30 hari bekerja (Semenanjung Malaysia), dan 30-35 hari bekerja (Timur Malaysia).

Tempoh penghantaran mungkin akan tertunda disebabkan faktor lain yang tidak boleh dijangka seperti cuaca, penangguhan jadual penerbangan, pelepasan kastam, dan cuti.

2. Bilakah kiriman akan dikirim setelah pembayaran dibuat?
Kami mencadangkan anda untuk memesan kiriman anda sebelum 4 ptg dan membuat pembayaran sebelum 5 ptg supaya kiriman akan dikirim pada hari tersebut. Jika pembayaran dibuat selepas 5 ptg, kemungkinan besar bungkusan akan dikirim keesokan harian. Jika anda memerlukan bungkusan anda untuk dikirim secepat mungkin, sila hubungi khidmat pelanggan kami.
3. Adakah cukai pelepasan kastam dirangkumi dalam perkhidmatan kiriman udara?
Kiriman udara biasa tidak merangkumi cukai pelepasan kastam. Jika bungkusan anda melebihi 15 KG, kami mencadangkan anda untuk memilih Kiriman Udara Termasuk Cukai. Jika bungkusan anda boleh dibahagi kepada bungkusan kecil, kami akan membahagikan bungkusan untuk mengelakkan pembayaran cukai, dan penggunaan Kiriman Udara Termasuk Cukai tidak diperlukan.
4. Bagaimanakah jika barangan sensitif dikirim melalui kiriman udara biasa?
Barangan sensitif adalah dilarang untuk menggunakan kiriman udara biasa dan akan menyebabkan penangguhan dalam penghantaran, pemeriksaan kastam, dan barangan dirampas. Jika bungkusan anda ditolak, anda perlu menanggung kos kiriman kali kedua untuk menukar ke saluran kiriman barangan sensitif, kos kiriman kali pertama akan dijadikan sebagai penalti.
5. Apakah perbezaan Kiriman Laut Ekonomi dan Kiriman Laut biasa?
Kiriman laut ekonomi bersesuaian untuk bungkusan yang kurang dari 25 KG dan kiriman laut biasa adalah lebih bersesuaian untuk barangan bersaiz besar. Kiriman Laut Ekonomi dihantar melalui syarikat kurier tempatan dan kiriman laut biasa dihantar melalui syarikat logistik tempatan.
6. Di manakah saya boleh mengesan maklumat logistik kiriman saya?
Anda boleh pergi ke senarai kiriman dan tekan butang untuk mengesan maklumat logistik bungkusan anda. Platform kami membekalkan fungsi pengesanan, bermula dari pengiriman gudang ke status penerbangan, status pelepasan kastam, status penghantaran dan sebagainya.
7. Kenapakah kiriman laut dikirim sebelum pembayaran dibuat?
Bagi memastikan tempoh penghantaran tidak ditangguhkan, semua kiriman laut akan dikirim dalam 24 jam setelah bungkusan siap dibungkus. Kos kiriman dan caj tambahan akan dikenakan apabila semua kiriman dimasukkan ke dalam kontena. Anda perlu membayar dengan secepatnya bagi mengelakkan penangguhan proses penghantaran setelah tiba di Malaysia.
8. Adakah perkhidmatan kiriman laut merangkumi cukai?
Kos Kiriman Laut telah termasuk cukai dan pelepasan kastam. Anda perlu menggunakan saluran biasa atau sensitif yang tepat bagi mengelakkan masalah pelepasan kastam. Sila hubungi khidmat pelanggan jika pengiriman melibatkan (mangkuk tandas, jubin seramik, mamar, baja, makanan, minuman dan arak) dalam kuantiti besar.
9. Apakah maksud berat volumetrik, Free-Throw berat Volumetrik, atau Half-throw Berat Volumetrik ?
Berat volumetrik adalah unit pengiraan kos bungkusan yang dikira dengan formula (PxTxL/6000). Pengiraan kos kiriman akan mengambil kira nilai yang lebih tinggi antara berat sebenar dan berat volumetrik.
Free-Throw berat Volumetrik adalah pengiraan kos kiriman berdasarkan berat sebenar tanpa membandingkan berat volumetrik dan berat sebenar.
Half-throw Berat Volumetrik adalah pengiraan kos kiriman dengan menggunakan formula (Berat sebenar + Berat Volumetrik / 2).
10. Apakah itu berat volumetrik dan berat sebenar?
Berat volumetrik adalah unit berat yang diambil kira dalam pengiraan kos yang dikira dengan formula (PxTxL/6000) dan berat sebenar adalah berat bungkusan yang diterima. Pengiraan kos kiriman akan mengambil kira nilai yang lebih tinggi antara berat sebenar dan berat volumetrik.
11. Bilakah saya akan menerima bungkusan setelah pembayaran dibuat?

Bagi kiriman udara, penghantaran memerlukan 3-5 hari bekerja (Semenanjung Malaysia), 5-7 hari bekerja (Timur Malaysia), dan 3-4 hari bekerja (Singapura).

Bagi kiriman laut, penghantaran memerlukan 21-30 hari bekerja (Semenanjung Malaysia), dan 30-35 hari bekerja (Timur Malaysia).

Tempoh penghantaran mungkin akan tertunda disebabkan faktor lain yang tidak boleh dijangka seperti cuaca, penangguhan jadual penerbangan, pelepasan kastam, dan cuti.

1. Bagaimanakah jika terdapat kerosakan semasa bungkusan yang diterima?
Jika terdapat sebarang kerosakan, sila menolak bungkusan tersebut semasa penghantaran kurier, mengambil gambar barangan yang rosak, dan menimbang barangan anda. Sila hubungi khidmat pelanggan dan membekalkan bukti untuk kegunaan proses siasatan. Rujuk sini untuk maklumat yang lebih lanjut.
2. Bagaimanakah jika bungkusan yang diterima kekurangan barangan?
Jika berlakunya kekurangan barangan, sila mengambil gambar bungkusan, dan menimbang barangan anda. Sila hubungi khidmat pelanggan dan membekalkan bukti untuk kegunaan proses siasatan. Rujuk sini untuk maklumat yang lebih lanjut.
1. Adakah perkhidmatan pembelian?
Kami membekalkan tutorial cara masukkan barangan ke troli dan membuat pembayaran. Kami membekalkan perkhidmatan membayar untuk memudahkan anda dalam langkah membuat pembayaran.
2. Apakah itu perkhidmatan membayar?
Perkhidmatan membayar adalah membuat pembayaran untuk barangan yang ingin dibeli atau checkout troli anda melalui orang lain. Kami membekalkan perkhidmatan membayar untuk ahli-ahli kami. Jika anda memerlukan perkhidmatan membayar, sila hubungi khidmat pelanggan kami.
3. Bolehkah saya membayar Taobao menggunakan Ringgit?
Taobao telah memulakan fungsi pembayaran menggunakan Ringgit, tetapi hanya melalui Kad Kredit, Kad Debit atau perbankan online tertentu seperti RHB, Maybank dan CIMB. Pembayaran tersebut akan berdasarkan kadar pertukaran bank tersebut yang biasanya lebih rendah. Penggunaan kad kredit pula akan dikenakan 3% caj perkhidmatan.



Jika anda menggunakan kad kredit atau kad bank lain, dan memohon untuk pembayaran balik daripada penjual, anda perlu menunggu selama 15-20 hari pemprosesan.



Oleh itu, kami mencadangkan anda untuk menggunakan perkhidmatan membayar kami, kerana kami membekalkan kadar pertukaran wang yang lebih tinggi daripada bank, dan tiada caj perkhidmatan.
1. Bagaimanakah saya menggunakan kod baucer?
Semasa anda ingin membayar kos kiriman, anda boleh masukkan kod baucer. Sistem kami akan mengesahkan penggunaan baucer tersebut dan jika sah, jumlah diskaun akan ditolak.
2. Bagaimanakah mengguna coin?
Coin boleh digunakan semasa meneruskan pembayaran bayaran penghantaran. Pengguna boleh memasukkan jumlah coin yang tersedia, sistem akan menolak bayaran penghantaran berdasarkan jumlah coin. Setiap 100 coin boleh memotong bayaran penghantaran RM 1.
3. Bagaimanakah menyemak baucer
Log Masuk Ahli> Klik pada avatar ahli> Klik pada kupon. Anda boleh melihat kupon yang boleh anda gunakan.

UAT